Sunday, August 29, 2010

Akulah anak Kelantan di Perantauan..(Tanjung Malim, Perak)

Emmmm...sedih jugak duk di perantauan jauh ngan keluarga nie...rasa dah xsbr dah nak balik kampung ...kini ku hanya mampu menghitung hari (3 hbln 9 2010, Jumaat Malam, 8.30 malam..) untuk ku pulang ke kampung halaman tercinta..hehe..pasir mas...kelantan..Pasir Mas...tungguuuuuuuuuuu kepulangan daku yeeee...my family ku juga...sabar ye..dah xlama kak na nak balik....hehehe...emmm..bestnye raya kat kampung,.,...

Potong kuku ikut Sunnah Nabi Muhammad SAW

" RASULULLAH S.A.W bersabda yang ertinya:-Barang siapa yang mengerat kukunya pada ;

Hari Sabtu:Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit.

Hari Ahad :Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan.

Hari Isnin :Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat

Hari Selasa:Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit

Hari Rabu :Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan.

Hari Khamis :Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit.

Hari Jumaat : Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala."

Sunday, August 22, 2010

~pepatah melayu~ Message: Pepatah Melayu

1. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kereta
pun boleh undur, terlajak kapal terbang takde gear
reverse, sori.

2. Bersatu kita teguh, bercerai kita kahwin lain.

3. Sudahlah jatuh ditimpa pula tangga lepas tu
tercium pulak tahi ayam.

4. Alang-alang mandi biar guna sabun & syampu.

5. Harimau mati meninggalkan belang, isteri mati
meninggalkan gelang, suami mati meninggalkan
hutang. (Itulah...lain kali jangan suruh suami beli
gelang secara hutang)

6. Sebab mulut santan binasa sebab mulut juga...
nasi pun habis.

7. Biar putih tulang jangan kuning gigi (gosok,
jangan tak gosok tau)

8. Kalau tiada angin masakan pokok bergoyang
kecuali kalau ada beruk atas pokok tu

9. Malang tak berbau tapi kentut boleh berbau
walaupun tak berbunyi.

10. Biar mati bini jangan mati anak (boleh kahwin
lagi ape)

11. Alang-alang menyeluk perkasam biar sampai
kepangkal ketiak.

12. Biar korek hidung jangan korek tabung.


13. Berakit-rakit kehulu, berenang-renang ketepian
lama-lama jadi letih.

14. Sayangkan anak tangan-tangankan sayangkan
isteri kahwin lagi satu.

15. Kalau padi katakan padi, tidak aku ternanti-
nanti, kalau sudi katakan sudi, kalau tak
sudi.....boleh blah.......

16. Harapkan pagar, pagar pun tak boleh harap.

17. Tempat jatuh lagikan dikenang inikan pula
tempat kena saman.

18. Hujan emas dinegeri orang, hujan batu dinegeri
sendiri, kalau macam tu lebih baik tak payah
hujan.

19. Biar lambat asalkan perlahan.

20. Kalau tiada rotan, pelempang ajelah....

21. Carik-carik bulu ayam lama-lama jadi bulu
tangkis badminton, pasti ayam kebogelan.

22. Air dicincang takkan putus tapi kalau daging
dicincang tandanya ada kenduri

Saturday, August 21, 2010

Sesi Bergambar sem 5 bulan puasa lagi..huhuu










ni gambar aku dan kawan2...


Maf la br muncul lagi...heheh..emm....bz ckit...asignment nk kena siap minggu ni...biasala kan as a student..keje kita buat asignment ja...huhuh..kali ini, saya nk ceritakan apa yg berlaku sepanjang saya menghilang minggu ni..emmm..hr tu jumaat petang, saya dan rakan-rakan empaty ada pengambaran kelas..aduhai..masa tu,.memang rasa popular la..klik sana..klik sini..ada je yg nk ambik gambar saya (alamak..perasan lak aku..sikit2 xpe..huhu..nk gembirakan hati sendiri)...


Selain itu, apa yang lebih penting aku nak kongsikan..aku rasa sangat gembira..rasa dihargai..rasa disayangi oleh kawan2 ku...sayang kamu semua...

Sunday, August 15, 2010


Ini mak dan abah saya...merekalah yang membesarkan saya walau dalam apa juga keadaan sekali pun. Apabila saya sedih, mereka bersama saya, apabila saya gembira, mereka juga di samping saya. Jasamu tetap kukenang sepanjang hayat.......I LOVE U SO MUCH MY MUM N DAD.....


TANGGUNGJAWAB ANAK-ANAK TERHADAP IBU BAPA

Setiap orang mempunyai ibu bapa. Begitu juga saya. Ibu bapa mempunyai kedudukan yang tinggi lagi mulia di sisi Allah swt. Merekalah yang menjadi sebab kelahiranya anak-anaknya. Merekalah yang memelihara, mengasuh serta mendidi anak-anak itu dengan sempurna, termasuklah makan minum, pakaian, lindungan dari segi keselamatan serta kasih sayang. Segala pengorbanan kedua ibua bapa terutama ibunya tidak ternilai besarnya jika hendak di balas. Jasa ibubapa adalah amat banya. Semasa saya di dalam rahim lagi, ibu saya sudah menjaga saya sebaik mungkin.

Di dalam hadis-hadis disebutkan beberapa dosa besar yang dinyatakan oleh Nabi saw secara tertib:

1. Mempersekutukan Allah
2. Derhaka kepada dua ibubapa.
3. Cakap bohong atau persaksian bohong

Antara adab/tanggungjawab seorang anak terhadap ibubapanya adalah seperti berikut:

1. Sentiasa taat dan patuh terhadap suruhan /ajaran ibubapa. Sesuai dengan perintah Allah swt supaya pertama-tamanya beribadat kepadaNya dan selepas itu taat kepada kedua ibubapa.

2. Hendaklah bercakap dengan lemah lembut dan suara yang rendah ketika bertutur dengan ibubapa. Jangan sekali-kali membantah dan mengherdik mereka dengan apa jua perkataan kerana perbuatan itu ditegah Allah SWT .

3. Sentiasa hormat dan kasih sayang kepada kedua ibubapa.

4. Jangan sekali-kali menderhaka kepada mereka, kerana derhaka kepada kedua ibubapa adalah suatu dosa besar. Anak yang tidak mendapat keredhaan ibubapnya akan tidak mendapat keredhaan Allah dan ibadatnya tidak diterima Allah swt.

5. Sentiasalah mendoakan dan meminta keampunan untuk mereka, sama ada mereka masih hidup atau setelah mereka meninggal dunia dengan berdoa'

" Ya Allah ampunilah dosaku dan dosa kedua ibubapaku, rahmatilah kedua-duanya sebagaimana mereka memeliharaku pada waktu kecil"

6. Hendaklah memanggil ibubapa dengan panggilan yang disenangi mereka.

7. Gembirakanlah hati ibubapa dengan menolong kerja rumah di samping melayani dengan penuh kasih sayang (jika tinggal bersama) atau dengan memberikan apa juga bantuan mengikut keperluan yang dihadapi semasa menghadapi saki baki hidupnya.

8. Ucapkan salam dan pohon kemaafan kepada ibu bapa ketika bertemu dan berpisah dengan mereka, kerana mungkin salah seorang darinya (anak atau ibu dan bapa) akan meninggalkan dunia yang fana ini tanpa dijangka.

9. Muliakan sahabat-sahabat ibubapa, hubungkan tali silaturrahim dengan keluarga dan sahabt-sahabat mereka.

10. Apabila mereka sudah lanjut umur (tua) dan uzur, hendaklah dipenuhi segala keperluan mereka. Selalu menziarahi mereka kerana dengan ini boleh menghibur dan mentetenteramkannya, sebagai melahirkan kesyukuran kepada Allah terhadap jasabakti yang telah dapat dinikmati.

11. Apabila ibubapa meninggal dunia, anak hendaklah membanyakkan berdoa untuk keselamatan dan mendapat rahmat dari Allah, banyakkan bersedekah dan membacakan ayat-suci Al Quran untuk dihadiahkan pahalanya kepada mereka. Semua kebajikan yang dilakukan akan diterima berterusan pahalanya untuk mereka di sisi Allah swt. Inilah satu kaedah yang berterusaa yang menghubungkan antara anak dan ibubapa walaupun jasad mereka tidak ada lagi.

Semoga panduan ringkas adab atau tanggungjawab anak terhadap ibupapa ini dapat dihayati serta dikongsi bersama oleh kita semua dan anak-anak zuriat kita.




ANDA MAHU KURUS??? KETAHUI RAHSIANYA DISINI...

Mengapa Pengurusan Berat Badan Penting?

Dengan pembandaran , pembangunan ekonomi dan gaya hidup dan diet yang semakin berubah, berat badan yang berlebihan dan obesiti (kegemukan) semakin meningkat di benua Asia. Ini mengakibatkan peningkatan kadar penyakit-penyakit yang berkaitan dengan berat badan berlebihan, termasuk diabetes (kencing manis) jenis 2, penyakit jantung, angin amar dan tekanan darah tinggi.

Obesiti dan berat badan berlebihan juga meningkatkan risiko kejadian sesetengah kanser, batu karang, penyakit gout, osteoartritis, kemandulan dan lain-lain penyakit.

Individu yang berlebihan berat badan dan obes juga mempunyai harga diri yang rendah dan selalu berasa muram disebabkan oleh imej badan yang tidak menarik.

Pendek kata, keadaan berat badan berlebihan mengurangkan kualiti dan keriangan hidup.

Nasihat am tidak dapat mengganti ulasan kesihatan dan rawatan secara peribadi, dan sesiapa yang menghidapi penyakit serius dinasihat untuk berjumpa ahli perubatan yang bertauliah.

5 Panduan Diet bagi Pengurusan Berat Badan

  • Nikmati banyak buah-buahan, sayuran, makanan bijirin penuh dan kekacang. Makanan sebegini mempunyai massa banyak tetapi tenaganya kurang padat dan membantu anda berasa kenyang lebih lama.

  • Makan dengan kadar sederhana makanan seperti daging kurang lemak, ikan, tenusu rendah lemak dan lain-lain protein. Makanan jenis protein paling berkesan untuk mengenyangkan kita.

  • Sekali-sekala makan dengan sukatan sederhana makan makanan yang mengandungi tenaga padat. Anda mungkin berasa terkilan jika langsung tidak dapat menikmati makanan jenis ini. Jadi, rancangkan saat-saat untuk menikmati makanan ini tanpa berasa bersalah, kemudian teruskan dengan diet seimbang yang dirancang dengan baik.

  • Pengambilan sajian makanan dan snek kerap dapat mengelakkan anda bermakan dengan keterlaluan.

  • Sukatan makanan harus diawasi. Kajian menunjukkan sukatan makanan semakin meningkat dalam tempoh 20 tahun lepas dan mungkin menjadi punca utama pemakanan yang berlebihan.

5 Panduan Aktiviti Fizikal bagi Pengurusan Berat Badan

  • Orang dewasa harus menetapkan 30 minit sehari, pada kebanyakan hari setiap minggu, dan kanak-kanak perlu menghabiskan sebanyak 60 minit dengan aktiviti seperti bermain secara aktif, berjalan, berlari dan bersukan setiap hari.

  • Aktiviti seperti berjalan cepat dan menaikki tangga sebagai ganti mengguna lif memberi faedah yang sama seperti bersukan secara formal.

  • Aktiviti fizikal harian selama 30 minit ini boleh dipecahkan kepada tempoh masa yang pendek. Contohnya 3 kali berjalan cepat atau berbasikal selama 10 minit setiap kali.

  • Gabungan aktiviti membina kekuatan dan kardiovaskular (meningkat kadar jantung dan penafasan) adalah disarankan.

  • Mencari jalan untuk menyertakan aktiviti fizikal dalam rutin harian anda, agar ia sentiasa dapat diamalkan walaupun menghadapi tekanan masa.

Memahami Berat Badan Sihat, Berat Badan Berlebihan, Obesiti

Indeks Massa Badan (BMI) –Piawaian global yang digunakan untuk mengelaskan berat badan sebagai normal, berat badan berkurangan atau berlebihan dan obes ialah Indeks Massa Badan, atau BMI. BMI dikira dengan membahagikan berat badan individu dalam kilogram dengan ketinggian-nya dalam m2 . Ukuran BMI antara 18.5 hingga 25 lazimnya dianggap sebagai normal; 25 hingga 30 sebagai berat badan berlebihan dan dikaitkan dengan peningkatan risiko menghidap penyakit yang berkaitan dengan berat badan, dan lebih daripada 30 dianggap sangat gemuk (paras obes) dan mempunyai risiko tinggi menghidap penyakit yang berkaitan dengan berat badan.

BMI = Berat Bahad kg

Tinggi x Tinggi m2

Sejak kebelakangan ini, pakar-pakar telah memerhati bahawa penyakit yang berkaitan dengan berat badan biasanya didapati di kalangan setengah kumpulan etnik Asia di paras BMI yang melebihi 23. Satu kumpulan pakar daripada WHO (Badan Kesihatan Sedunia) telah mengesyorkan skala BMI yang lebih rendah bagi bangsa Asia: 18.5-23 untuk risiko yang meningkat tetapi boleh dikatakan rendah untuk menghidap penyakit yang berkaitan dengan berat badan; 23-27.5 bagi risiko yang lebih tinggi; dan 27.5 atau lebih memberi isyarat risiko yang membahayakan.

Nisbah pinggang-ke-pinggul (WHR) WHR boleh dikira dengan membahagikan lilitan pinggang dengan lilitan pinggul. WHR ialah suatu ukuran mudah untuk taksiran pembahagian lemak dalam badan. Bagi kebanyakan orang, dan mungkin terutamanya orang Asia, lemak di bahagian abdomen menyebabkan lebih banyak masalah kesihatan berbanding dengan lemak berlebihan di bahagian pinggul atau peha. WHR sebanyak 0.9 atau kurang dianggap sihat bagi kaum lelaki dan nisbah sebanyak 0.8 atau kurang dianggap sebagai petunjuk sihat bagi kaum wanita. WHR sebanyak 1.0 atau lebih menandakan peningkatan risiko bagi keadaan kurang sihat dan isyarat bahawa tindakan untuk mengurangkan lemak daripada bahagian perut adalah langkah yang bijak.

Keliling pinggang sm/in

Keliling pinggul sm/in

Mencapai Pengurusan Berat Badan

Jumlah tenaga (diukur dalam kilokalori atau Kkalori) yang tetap digunakan setiap hari khususnya untuk mengendalikan fungsi badan yang penting (seperti aktiviti otak, denyutan jantung, penafasan) walaupun ketika berehat. Angka ini dikenali sebagai Nilai Metabolisme Asas (BMR) dan biasanya menggunakan setengah atau lebih Kkalori yang diperlukan dalam sehari. BMR seseorang akan bertambah sedikit dengan kenaikan berat badan, tetapi ia bertambah dengan lebih banyak lagi apabila nisbah otot berbanding lemak dalam badan semakin meningkat. BMR bagi kebanyakan orang menurun dengan penambahan umur, menjadikannya lebih sukar untuk mengawal berat badan. Para penyelidik meng-anggap bahawa penurunan BMR setelah meningkat umur adalah berkaitan dengan pengurangan otot apabila kita berumur, dan bukan disebabkan oleh proses penuaan, dan oleh itu boleh dilambatkan dengan senaman yang memberi kekuatan.

Penambahan berat badan biasanya dikaitkan dengan memakan terlalu banyak Kkalori dan gaya hidup yang kurang aktif. Untuk mengekalkan berat badan yang sihat atau untuk mencapai matlamat penyusutan berat badan, adalah penting untuk anda cuba membuat perubahan secara sederhana kepada kedua-dua belah persamaan tenaga: input tenaga (Kkalori makanan) dan output tenaga (Kkalori yang digunakan untuk BMR dan aktiviti fizikal).

Pengambilan Berlebihan Kkalori makanan menyebabkan penambahan berat badan Penambahan berat badan biasanya berlaku secara perlahan melalui jangka masa. Pengambilan yang hanya berlebihan 100 Kilokalori sehari akan menyebabkan penambahan berat badan sebanyak 1 kg dalam setahun. Juga, dengan mengurangkan pengambilan jumlah tenaga diet sebanyak 100 Kkalori sehari, dapat menolong anda menstabilkan berat badan anda, jadi perubahan kepada diet yang diperlukan untuk mengelak penambahan berat badan mungkin sedikit sahaja.

Kekurangan aktiviti fizikal menyebabkan penambahan berat badan- Kajian menunjukkan sesiapa yang menjalani aktiviti fizikal dalam tugas harian lebih berupaya mengawal berat badan mereka berbanding orang yang bergantung kepada diet sahaja. Aktiviti fizikal mengurangkan lemak di bahagian abdomen, walaupun tidak terdapat penyusutan berat badan. Aktiviti fizikal juga membantu penjagaan tisu otot yang meningkatkan BMR. Dengan hanya meningkatkan aktiviti fizikal sebanyak 100 Kkalori sehari sudah memadai untuk mengelakkan penambahan berat badan.

Apakah cara terbaik untuk menyusutkan berat badan? Kebanyakan kita hendak mengurangkan berat badan untuk rupa yang lebih menarik dan untuk berasa lebih lega. Fesyen terkini yang menonjol trend kurus juga memberi tekanan kepada ramai orang untuk mengurangkan berat badan mereka supaya tidak ketinggalan.

Sebab yang terbaik untuk menyusutkan badan jika berat badan anda berlebihan atau anda obes ialah untuk kesihatan baik anda untuk jangkamasa panjang. Dan cara terbaik untuk mencapai ini ialah dengan kaedah yang berjangka panjang.

Kesusutan berat badan yang besar tidak diperlukan untuk memberi kesan. Kajian Jantung Framingham di Universiti Boston mendapati bahawa kaum lelaki dan perempuan pertengahan umur yang menyusut berat badan sebanyak 1 kg setahun mengurangkan risiko penyakit kencing manis dengan lebih 60%. Faedah ini dapat dikekalkan, selagi kesusutan berat badan dikekalkan. Satu lagi kesimpulan kajian itu ialah pesertanya yang menyusut 0.5kg setahun selama empat tahun dan berjaya mengekalkan penyusutan itu selama empat tahun lagi, mengurangkan risiko darah tinggi sebanyak 25%.

Ini bermakna, walaupun anda fikir anda tidak mencantikkan rupa anda dengan penyusutan hanya 0.5kg atau 1 kg, kesihatan anda akan bertambah baik. Jika anda lebih berat, banyak faedah akan menyusuli jika anda mengurangkan berat badan tersebut.

Lupakan segala gimik penyusutan berat badan yang cepat atau diet. Kajian demi kajian membuktikan bahawa penyusutan berat badan yang berpanjangan adalah lebih menyihatkan dan dikekalkan dalam masa panjang berbanding dengan diet cepat-kurus. Melainkan dalam keadaan tertentu, doktor menasihati sesiapa yang mempunyai berat badan berlebihan atau obes untuk menyusutkan 0.5-1 kg dalam seminggu, dan tidak sama sekali melebihi 1.5 kg seminggu. Apa yang penting ialah untuk mengurangkan berat buat selama-lamanya dan bukan mengurang dan kemudian berat badan menambah pula dengan cepat selepas itu.

Kanak-kanak dan Remaja

Keadaan berat badan berlebihan dalam kanak-kanak dan remaja boleh membawa akibat kesihatan serius yang sama seperti keadaan berat badan berlebihan dalam dewasa. Kajian jelas menunjukkan kanak-kanak dan remaja yang mempunyai berat badan berlebihan dan gemuk akan mengekalkan keadaan itu sehingga dewasa, oleh itu pengurusan berat badan aktif di peringkat kanak-kanak sangatlah penting.

Kebanyakan punca peningkatan berat badan telah bersebati di peringkat kanak-kanak. Kanak-kanak yang dibesarkan dengan makanan yang tinggi kandungan tenaga dan rendah gentian (serat) makanan dan zat-zat galian, kurang berminat dalam aktiviti fizikal akan membawa tabiat ini hingga ia dewasa.

Pendekatan yang melibatkan seluruh keluarga adalah cara yang paling berkesan untuk membantu kanak-kanak/remaja mengekalkan berat badan yang sihat. Mencari gaya hidup yang merangkumi aktiviti fizikal yang kerap, diet yang enak lagi tidak berapa padat tenaga; dan sesuai untuk seisi keluarga boleh dibuat secara berperingkat, dengan penekanan terhadap keseronokan dan penyertaan semua ahli.

Thursday, August 12, 2010

Fadhilat dan kelebihan solat TARAWIH


Sahaja aku sembahyang sunnat tarawih dua rakaat [aku ma’amum] kerana Allah Taala)

Sayidina Ali Abi Talib ra. meriwayatkan sebuah Hadis (yang panjang) daripada Raulullah s.a.w, iaitu jawapan baginda ketika ditanya oleh para sahabat mengenai fadhilat dan kelebihan solat Tarawih pada setiap malam di bulan Ramadhan.

Baginda bersabda bahawa:

Malam ke 1

Diampuni dosa-dosa orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.

Malam ke 2

Diampunkan dosa orang-orang yang beiiman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa- dosa kedua ibu bapanya.

Malam ke 3

Para malaikat di bawah 'Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malarnmalam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.

Malam ke 4

Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al- Quran.

Malam ke 5

Allah S.W.T akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang- orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjid Madinah dan Masjidil Aqsa.

Malam ke 6

Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.

Malam ke 7

Seoalah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir'aun dan Hamman.

Malam ke 8

Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.

Malam ke 9

Allah S.W.T akan mengumiakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.

Malam ke 10

Allah SWT mengurniakan kepada kebaikan dunia dan akhirat.

Malam ke 11

la meninggal dunia didalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.

Malam ke 12

la akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.

Malam ke 13

la akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.

Malam ke 14

Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.

Malam ke 15

Semua malaikat yang memikul Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

Malam ke 16

Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.

Malam ke 17

Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

Malam ke 18

Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).

Malam ke 19

Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam syurga firdaus.

Malam ke 20

Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.

Malam ke 21

Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.

Malam ke 22

la akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut.

Malam ke 23

Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.

Malam ke 24

Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

Malam ke 25

Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya.

Malam ke 26

Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

Malam ke 27

Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.

Malam ke 28

Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.

Malam ke 29

Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.

Malam ke 30

Allah S.W.T akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumiah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama Al-Kautsar.

Selain daripada fadhilat-fadlulat yang tersebut di atas, terdapat banyak dan berbagai lagi fadhilat dan keutamaan solat Tarawih atau , Qiam. Ramadhan ini bagaimana yang disebutkan dalam hadis-hadis Rasulullah s.a.w.

Tuesday, August 10, 2010

Selamat berpuasa kawan-kawanku....

semoga diberkati olehNya

Di kesempatan ini, ku ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada kawan-kawanku..selain itu, dihari baik bulan baik ni..aku juga nk mulakan puasa ramadhan ni dengan hidup baru, hari yang baru,..jadi, maafin kesalahan daku ye kawan-kawanku..huhuu..smada sengaja atau xsengaja,....thanks....

Monday, August 9, 2010

Aktiviti kat UPSI ni...

semasa pergi survey sekolah...bersama kaunselor sekolah...

inilah sekolah yang telah aku ceritakan sebentar tadi..hehehe...

van yang berjasa membawa kami ke program tu..huhuu..retro tu....

Semester 5

Program 3 hr 2 malam kat smk Tanjung Sepat

Program ni memang bnyk dugaan, cabaran, halangan, dan seangkatan dengannya la..tapi berjaya jugk aku dan kumpulan tempuhinya...huhuu..

Monday, August 2, 2010

Anda tahu teknik untuk menghilangkan stress?...lau lum tau..jomm... terjahhhhh...

7 TIPS UNTUK MENGHILANGKAN STRESS

1. REHAT
Kamu harus belajar teknik berehat yang betul seperti menjalankan senaman yoga atau sebagainya.

2. BUAT SENARAI
Cara ini akan membantu mengurangkan tekanan akibat terpaksa mengingat sesuatu yang kompleks.

3. TENTUKAN KEUTAMAAN
Kamu boleh tentukan perkara apa yang kamu harus selesaikan terlebih dahulu mengikut keutamaan dan kepentingan.

4. TENTUKAN MASA
Kamu harus bijak menentukan masa untuk meredakan tekanan yang kamu hadapi seperti dengan cara mendengar muzik atau menonton wayang.

5. MEMPUNYAI HOBI
Orang yang mempunyai hobi biasanya akan mengalami tekanan yang minima kerana dia akan selalu selesa bila menjalankan aktiviti yang disukainya.

6. KURANGKAN KERJA
Jangan biarkan jadual kerja kamu agar kamu punya masa untuk aktiviti yang lain.

7. SENYUM
Belajarlah selalu tersenyum kerana dengan senyuman kamu akan nampak lebih ceria dan bermaya. Bukankah senyum itu satu sedekah!!!

terima kasih kawanku...love u alllllllllzz..









Trime kasih bangat kat kawan2 seperjuangan dan kakak2 n abg2 senior yang slalu fahami aku...trutama kawan2 seperjuangan..sbb slalu tolong daku..susah senang...memberi tunjuk ajar...sokongan kepada aku...love u all friends...

Hidup kat U ni macam2 ada da.......

Aku mau jadi pempuan yang baikkk...




mak abah pesannn..jangan tinggal solat..
abah kata..jadila budak baik..jgn nakal2..pandaia2la bawak diri..
waaaaaa....sedih....

Hidup kat U ni memang banyak cubaan, halangan, dugaan dan seangkatan dengannya la...emmm..sedih, terluka, terhiris..gembira..macam2 ada...manusia pun aku dpt lihat bnyk ragam dan karenahnya yang tersendiri..masa kat kampung...tak terasa sangat macam kat sini..yela..kat kampung semuanya satu kepala...perangai pun seakan sama je...susah senang bersama..tambah lagi dekat ngan mak abah..sakit ke...sihat ke...lau kat sini..aku kena berdikari sendiri...susah ke..senang ke..sakit ke..kena lalui sendiri...emmm...mak abah aku slalu pesan..duk kat U..pandai2la bawak diri...jga maruah keluarga..blajar betul2...

KEMAHIRAN BELAJAR

Strategi Dan Teknik Pembelajaran Berkesan

Pengenalan :

Setiap manusia dikurniakan otak yang sama bijak. Bergantung kepada manusia tersebut menggunakan otaknya dengan sebaik mungkin. Teknik belajar yang baik dapat membantu orang yang berkebolehan sederhana mencapai keputusan yang
cemerlang berbanding dengan orang yang berkebolehan baik tetapi mempunyai teknik yang lemah.
Sesuatu teknik / strategi belajar yang baik akan menjimatkan masa, memudahkan kerja, menambat minat dan boleh kita menguasai pelajaran kita. Semua orang ingin mencapai keputusan yang cemerlang tetapi tidak tahu bagaimana untuk mencapainya ? Seringkali ramai penuntut yang beranggapan bahawa keputusan cemerlang hanya untuk orang yang bijak pandai sahaja. Dengan demikian, mereka tak perlu lagi berusaha mencapai kecemerlangan kerana mereka bukan dari orang yang bijak pandai..

2. Bagaimanakah caranya mencapai keputusan yang cemerlang ?
Kebanyakan orang bukan bijak pandai, tetapi mereka masih boleh berjaya , mengapa ?
Kita perlulah mempunyai perkara-perkara berikut untuk berjaya dalam pelajaran :
2.1 Suatu sistem yang teratur lagi tepat.
2.2 Keazaman yang tinggi untuk mencapai kejayaan..
2.3 Pegangan hidup ” Kerjanya minima tetapi hasilnya maximum”.
2.4 Peraturan yang teliti dan cekap.
Ramai pelajar yang membuat jadual waktu untuk belajar tetapi tidak kurang juga yang hanya sekadar membuat jadual waktu untuk hiasan dinding tanpa dipatuhi. Bagi yang mematuhinya pula mereka lebih cenderong untuk membuat diri sibuk dengan membuat pelbagai ulangkaji dan sebagainya dalam jadual waktu itu. Keadaan seperti ini boleh kita ibaratkan seperti mendulang bijih timah. Banyak kerja yang hendak dilakukan tetapi perkara pokok yang dikehendaki di sana ialah bijih
timah sahaja, bukannya tanah, batu, pasir, air dll yang terdapat dalam tanah yang telah digali tadi. Ramai pelajar gagal mencari bijih timah ini tetapi lebih gemar mengali tanah yang mempunyai banyak bijih timah. Keadaan seperti ini telah menyebabkan mereka tidak mampu mendapat keputusan yang baik kerana mereka merasakan pelajaran tersebut terlalu berat untuk di bawa bersama. Untuk berjaya dalam pelajaran, jawab soalan-soalan berikut kerana ia dapat membantu mencapai kejayaan anda :
Benar-benarkah anda ingin mencapai kejayaan dalam peperiksaan.?
Adakah anda merasakan anda tidak mampu mencapai kejayaan ?
Selalukah anda bertanya tentang masalah-masalah pelajaran anda ?
Adakah anda mempunyai jadual waktu belajar yang jelas dan teratur ?
Adakah anda taat kepada jadual waktu yg telah dibuat ?
Adakah cara anda membaca memberi anda faedah yang sepenuhnya ?
Adakah cara anda mengulangkaji memberi faedah yang sepenuhnya ?
Tahukah anda cara hendak menimbulkan minat dalam pelajaran anda ?
Adakah anda merasakan kerja sekolah dan isi pelajaran anda terlalu banyak ?
Tahukah anda cara hendak mendapat faedah yang sepenuhnya dari perbincangan ?
Pernahkah anda menilai kemahuan diri sendiri ?

2. BERTANYA.
Bertanya adalah perlu di dalam pelajaran
Ia mungkin disebabkan kurang faham, tidak jelas, tidak ketahui dll.
Jangan biarkan apa yang tidak difahami tanpa bertanya atau merujuk kepada
kamus jika tidak fahami.
Jikalau pelajaran bertambah, kekeliruan anda juga akan bertambah dan mula
timbul kekeliruan. Otak mula berkecamuk.
Jika terus dibiarkan akan menyebabkan topik yang dipelajari sudah jauh dan
sukar ditarik balik (guru tidak akan mengulangi).
Ketinggalan ini akan menyebabkan kerja bertimbun untuk dipelajari sendiri.
Sebelum pelajaran melangkah lebih jauh, bertanyalah kepada rakan atau guru
bagi mengelak kekusutan dan ketidakfahaman anda dalam pelajaran

Faedah Bertanya :
Membuat anda berfikir
Penjelasan akan tersemat / kekal dalam fikiran kita.
Menghilangkan perasaan malu dan takut.
Salah satu cara mengulangkaji pelajaran.

Masalah Bertanya:
- Pelajar sememangnya ingin bertanya
“TAK TAHU APA NAK TANYA”.
membuat persediaan sebelum sesuatu kelas dijalankan.
Baca buku teks dan bina soalan untuk disoal kepada guru / rakan.

Saya takut ?
Cubalah bertanya dengan rakan-rakan dahulu
Bertanya pula dengan guru secara perseorangan
Bertanya dalam kelas dengan yakin.

Ringkasan: Bertanya adalah penting dan jauh kesannya.
Banyak beban masalah dapat diselesaikan segera.
Sediakan pelajaran sebelum kelas dijalankan agar anda ada masa untuk bertanya apa yang tidak difahami.
Anda terpaksa memberanikan diri
Bertanyalah kepada rakan,guru dll asalkan masalah anda diselesaikan.

3. CARA MEMBACA.

Tujuan :-
- Membaca adalah proses untuk mendapatkan gambaran yang jelas mengenai bacaan
atau pelajaran kita itu.
- Dengan membaca bahan-bahan pokok serta keperincian yang penting dapat dipetik
dan akhirnya hanya sedikit sahaja bahan yang mesti dihafal atau diulangkaji.

Pemahaman:-
- Matlamat membaca ialah untuk mendapatkan pemahaman.
Banyak masa akan terbuang jika apa yang dibaca tidak difahami.
Pelajar sering keliru semasa membaca tetapi tidak berusaha untuk mendapatkan penjelasan.
Keadaan ini menjadikan mereka bosan dan malas membaca(putus asa).

Faedah pemahaman: (jika anda faham apa yang dibaca):
Pemahaman bacaan awak menolong memahami isi berikutnya.
Tahu kedudukan isi pelajaran / fakta penting.
Rasa gembira dan berminat untuk membaca seterusnya.
Seronok dan aktif di kelas.
Mengambil nota dari guru sewaktu mengajar adalah mudah
Sewaktu membaca boleh membina soalan-soalan untuk disoal kepada guru sewaktu mengajar nanti.
Menggalak anda meluaskan lagi bacaan anda.

Cara Membaca:
Menggaris
Membezakan isi-isi penting (Terpenting,penting dan keterangan)
Meneliti rajah-rajah
Membuat nota-nota dari bacaan anda. Ini akan meringankan beban anda.
Mengenal isi sepintas lalu seperti kandungan,tajuk utama,tajuk kecil dll.
Mengulangkaji bacaan anda daripada nota-nota yang dibuat
Mencuba soalan-soalan dan Latihan yang ada contoh jawapan dapat memperbaiki kelemahan diri dengan membetulkan semula kesalahan itu.

Ringkasan :
Fahaman adalah unsur yang terpenting sekali dalam membaca. Kesulitan anda haruslah mendapat penjelasan agar bacaan anda tidak membosankan.
Menanda dan membuat nota dari bahan bacaan besar faedahnya.
Ulangkaji bacaan anda. Hadkan kepada rajah-rajah dan nota-nota anda.
Fakta-fakta haruslah kerap diulangkaji ( 2-3 hari sekali).

4. RUJUKAN DAN PERLUASAN PEMBACAAN.

Faedah-Faedah Rujukan :
Meluaskan bacaan dan mendalami kefahaman terhadap sesuatu tajuk.
Proses ulangan dapat mengukuhkan ingatan anda.
Mengetahui topik pelajaran melebihi rakan-rakan.
Ada keyakinan diri pada diri pelajar.

Bilakah Masa Yang Sesuai:
Rujukan pada anda bersedia berbuat demikian
Jangan tangguh bila ingin membuat rujukan.

Ringkasan:
Merujuk meluaskan dan mendalamkan fahaman anda.
Kecerdasan anda akan diasah .
Merujuk mendorong anda untuk terus maju dan kehadapan dalam kelas
Janganlah terlalu detail / mendalam dan menjela-jela untuk mengelakkan
kekeliruan dan kebosanan.

5. MEMBACA SEBELUM KE KELAS.
Membaca sebelum menghadiri ke kelas sering diabaikan oleh pelajar walaupun sedar akan kepentingannya.

Kelebihan Membaca Sebelum Ke Kelas:
Berupaya melihat gambaran pelajaran anda dengan lebih jelas.
Boleh menentukan perkara-perkara uyang kurang difahami dan bersedia dengan soalan untuk menyoal guru.
Merasa lebih aktif dan bersemangat dalam kelas.
Tahu lebih awal topik yang akan dipelajari.
Lebih yakin bila menjawab soalan guru. Mudah memetik / membuat nota dari penerangan guru.
Menambah daya ingatan anda (proses ulangan)
Memudahkan anda memahami sesuatu topik.

Masa dan Cara Membuat Persediaan :-
Sebaiknya sehari sebelum guru mengajar.
Lihat tajuk besar dahulu dan diikuti dengan tajuk-tajuk kecil agar anda memahami gambaran keseluruhan isi pelajaran topik berkenaan.
Cuba rujuk rajah, foto, graf dll jika terdapat.
Ulangi bacaan anda dan cuba membuat nota sendiri
Bandingkan nota anda dengan penerangan guru nanti.

Ringkasan :
Anda mesti membaca pelajaran anda sebelum ianya diajar oleh guru.
Anda mesti membaca kertas amali sebelum masuk makmal dan membuat rujukan yang perlu.
Sewaktu membaca dalam persediaan, garis atau catat isi-isi pentingnya.
Sediakan soalan-soalan jika perlu.
Elakkan anda membaca terlalu jauh dari isi sukatan pelajaran bagi menghindarkan kekeliruan.

6. MEMBUAT NOTA.

1. Kejayaan seseorang pelajar banyak bergantung kepada keupayaan / kebolehan membuat nota dengan kemas dan padat.
2. Susunan nota yang teratur, jelas, menarik serta mudah sangat penting.
3. Nota yang berjela-jela (panjang), berserabut, tidak teratur akan menyebabkan anda juga lemah untuk membacanya.

Faedah-Faedah Membuat Nota :
Merupakan ulangkaji dan hafalan.
Memaksa anda memetik isi-isi / fakta-fakta penting pelajaran anda.
Nota amat penting dalam proses ulangkaji.
Tujuan membuat nota adalah untuk mengurangkan dan meringankan tugas kita bila membuat ulangkaji nanti.
Nota yang teratur, kemas, menarik dan padat akan menambahkan minat anda untuk belajar / ulangkaji.

Jenis-Jenis Nota :
Nota yang diberi oleh guru semasa pengajaran. Biasanya sudah cukup dan perlu dicatat oleh setiap pelajar bila guru mengajar.
Nota-nota umun yang anda buat sendiri dari buku teks atau buku rujukan
Nota-nota isi / fakta penting sahaja. Ia berguna untuk rujukan kilat,
menghafal, dan mengulangkaji setiap hari atau 2-3 hari sekali.
Ringkasan :
Membuat Nota adalah penting. Ia membantu fahaman dan meringkaskan jumlah
pelajaran anda kepada isi-isi penting sahaja.
Guna sistem yang mudah, kemas dan pendek tetapi jelas dan menarik.
Nota terbahagi kepada 2 iaitu nota umum dan nota khusus (isi penting sahaja dari sesuatu pelajaran)
Baca dan ulangkaji nota-nota anda selalu terutama nota khusus.

7. JADUAL WAKTU:
1. Ramai pelajar mempunyai jadual waktu tetapi tidak menepatinya. Seringkali terabai begitu sahaja.
2. Ada yang mengikutinya tetapi tidak menyeluruh menjadikan jadual waktu tidak begitu baik / merugikan.

Penyusunan Jadual Waktu – Satu Panduan.
Jadual waktu yang baik perlulah disusun di antara membaca, membuat nota, membuat kerja rumah, mengulangkaji pelajaran lama dan pelajaran baru, melatih menjawab soalan objektif dan subjektif serta menyediakan pelajaran untuk esoknya.
Perkara-perkara utama yang perlu ada (mengikut keutamaan) dalam jadual waktu adalah seperti berikut :
Kerja Rumah- mesti diutamakan dahulu.
Membaca dan membuat nota sendiri.
Menyediakan pelajaran untuk hari esok.
Mengulangkaji pelajaran lepas / baharu.
Cuba menjawab soalan objektif
Cuba menjawab soalan subjektif / karangan.

Ringkasan :
Sains – perlu sebelah malam. Objektif sebelah siang.
Bahasa, matematik, soalan objektif – sebelah siang .
Geografi / P.Moral / PAI sebelah siang termasuk objektif.
Kerja rumah sebelah siang.
Latihan Objektif memadai 10 minit satu matapelajaran.
Pengubahsuaian jadual waktu adalah digalakkan .

8. MENGULANGKAJI.
Tujuan mengulangkaji ialah untuk mengingati semula isi pelajaran. Kekerapan mengulangkaji pelajaran mencerahkan peluang anda untuk berjaya dalam peperiksaan.
Kepentingan Mengulangkaji:
Menguatkan hafalan dan ingatan anda.
Menjadikan isi pelajaran lebih jelas.
Dapat memberi perhatian kepada bahagian-bahagian yang kurang difahami.
Dapat menambahkan fahaman anda secara keseluruhannya.

Jenis-Jenis Ulangkaji:
1. Mengulangkaji pelajaran harian.
-Ia mesti dilakukan pada hari itu juga selepas balik dari sekolah.
Mengulangkaji pelajaran yang telah seminggu atau lebih –
- Biasanya pelajaran ini masih bersangkut paut dengan pelajaran terdahulu.
- Ulangkaji ini mustahak bagi membolehkan anda mendapat pandangan secara menyeluh tentang topik tersebut.
- Kita menapis nota-nota yang telah dibuat dan pilih yang terpenting sahaja
- Ia bertujuan untuk menjadikan nota kita tidak banyak dan berat .
- Nota-nota penting inilah yang perlu diulangkaji selalu.
Mengulangkaji pelajaran sepenggal / setahun.
Gunakan nota-nota penting dalam bahagian 2 untuk mengulangkaji beberapa topik sepanjang penggal atau tahun.
Anda masih boleh menyelidik mana-mana bahagian yang masih kurang difahami dan cuba fahami bahagian tersebut.

Pembahagian Mata Pelajaran Dalam Mengulangkaji.
Pelajaran Lemah Sering diabaikan oleh pelajar.
Sepatutnya ianya perlu diberi keutamaan semasa membuat ulangkaji kecuali hampir dengan peperiksaan.
Banyak bertanya untuk memudahkan anda memahaminya.
Cuba sedaya upaya untuk memahami dan menguasai pelajaran ini.
Mata Pelajaran Yang Memuaskan:
Jangan mengambil mudah jika anda memahami sesuatu pelajaran dan mas yang lebih juga perlu diberi kepada pelajaran ini bagi memastikan keayaan anda.
Sewaktu peperiksaan, lebihkan masa untuk pelajaran seperti ini .

Cara-Cara Mengulangkaji / Kesannya :
Mencoret / mengaris rangkaikata penting dari nota.
Mengulangkaji nota dan buku teks.
Kerja Rumah/ Latihan.
Ulangkaji dengan soalan bentuk objektif
Mengulangkaji dengan contoh-contoh jawapan kertas peperiksaan tahun lepas
bersama skima jawapan.
Mengulangkaji melalui ujian-ujian yang diberi oleh guru.
Mengulangkaji secara lisan (soal jawab bersama-sama rakan)

Ringkasan:
Mengulangkaji nota-nota anda mesti dilakukan selalu.
2. Rangkumilah semua mata pelajaran anda dalam sesuatu masa yang tertentu.
Pisahkan antara nota umum dengan nota khusus (terpenting) Nota khusus perlulah diulangi dalam masa sehari atau dua kerana ianya ringkas dan merupakan kunci kepada topik pelajaran anda.
4. Tekankan fahaman anda terhadap isi-isi pokok pelajaran anda.

9. MENIMBULKAN MINAT

Pelajaran anda akan terasa seronok, mudah dan ringkas sekiranya anda mempunyai minat terhadapnya. Minat mementukan kejayaan anda.
Kepentingan Menimbulkan Minat:
1. Rajin memperlajari sesuatu pelajaran.
2. Lebih mudah untuk menangkap isi-isi penting sesuatu pelajaran.
3. Bersungguh-sungguh bila berada di dalam kelas.
4. Otak akan sentiasa berjalan. Ingatan akan bertambah kuat.
Bagaimana Menimbulkan Minat:
Sebab 1 :
Banar-benar ingin mengatahuinya contohnya bercinta.
Sebab 2 :
Anda telah biasa atau mempunyai kaitan dengan benda diajar.
Contoh : membuat umai..
Sebab 3 :
Perkara yang diajar itu telah anda ketahui terlabih dahulu.
Contohnya : perusahaan sago.

1. Untuk menimbulkan minat seseorang pelajar perlulah mengenal dahulu apa yang hendak dipelajari terutama sebelum diajar oleh guru. Anda perlu membaca mengenai topik tersebut lebih awal.
2. Tajuk yang sudah anda ketahui akan menyenangkan anda belajar kerana anda lebih faham daripada rakan anda.
Anda mempunyai pengetahuan terhadap sesuatu tajuk sudah tentu akan menimbulkan minat dalam diri anda contohnya perusahaan perikanan.
Tajuk yang anda minati perlulah diperdalami tajuk itu dengan segera sementara minat anda masih ada.

5. Gunakan kemahiran yang anda perolehi di luar kawasan sekolah, seperti memasang wayer eletrik.

Menghadapi Tajuk / Pelajaran Yang Tidak Diminati
1. Mata Pelajaran yang tidak kita minati masih boleh diusahakan untuk lulus dengan cemerlang dengan cara menimbulkan minat semula .
2. Ubah iktikad / azam kita kepada pandangan yang positif contohnya, mengapa orang lain boleh , aku tak boleh..
3. Hadkan kandungan pelajaran itu kepada isi-isi penting sahaja untuk menghadapi peperiksaan. Ambil topik-topik yang biasa keluar dalam peperiksaan dan belajar dari sana.

Ringkasan :
Anda perlu menambah minat anda terhadap pelajaran anda.
Cara yang paling mudah ialah dengan membiasakan diri dengannya sebelum ia diajar oleh guru anda.
Membiasakan diri mengenai sesuatu perkara itu boleh dilakukan melalui membaca ringkas mengenainya, melihat, mendengar dan bertanya mengenainya secara penggunaan hari-hari.
4. Luaskan bacaan mengenainya selepas menerima ajaran guru.

10. PERBINCANGAN

Faedah-Faedah Perbincangan:
1. Perbincangan boleh menyelesaikan atau mengurangkan kekeliruan atau keraguan anda dalam pelajaran.
2. Perbincangan juga boleh membetulkan kesalahan kita terhadap sesuatu topik yang kita anggap sudah tepat.
3. Perbincangan juga dapat menghilangkan rasa malu dan memupuk sifat aktif anda.
4. Perbincangan akan mendorong anda bekerja kuat dan menambah minat terhadap pelajaran anda. Persediaan awal dan bacaan telah menjadikan satu ulangkaji yang berulang.

11. MEMADATKAN SUKATAN PELAJARAN.
1. Ramai pelajar tidak mengetahui akan sukatan pelajaran.
2. Secara umum sukatan pelajaran ialah isi kandungan yang dipelajari dari awal tahun hingga akhir tahun.
3. Soalan peperiksaan akan diambil dari sukatan pelajaran ini.
4. Biasanya muka depan buku teks adalah sukatan pelajaran.

Bagaimana Hendak Memadatkan Sukatan Pelajaran ?
Dapatkan sukatan pelajaran bagi peperiksaan ini (T1-3 / T4-5).
Dapatkan soalan-soalan peperiksaan tahun-tahun lepas (5 tahun atau lebih).
Buat analisa daripada soalan yang pernah ditanya keluar.
Dari sini kita akan dapat melihat pola soalan. Maksudnya bukan semua perkara dalam sukatan pelajaran yang banyak itu akan keluar dalam peperiksaan.
Hanya sebahagian kecil sahaja.
Kita dapat membuat andaian soalan yang akan keluar semasa pep.
Nota-nota yang berkaitan topik yang biasa soalan keluar perlulah kita perincikan dan fahami betul-betul.
Nota-nota terpenting topik yang jarang keluar, jadikan sebagai simpanan.
Dengan itu, tidak semua topik dalam sesuatu mata pelajaran perlu anda kuasai dengan betul-betul.
Ini bermakna anda telah memadatkan sukatan pelajaran anda. Kita akan merasa selesa apabila mengatahuinya. Kita hanya akan mengulangkaji topik-topik yang telah dikenalpasti .
Topik-topik simpanan juga perlu diulangkaji tapi jarak masanya adalah berkainan.

12. MENILAI KEMAJUAN:

Menguji kemajuan ,merupakah langkah yang boleh diambil untuk menentukan tahap keupayaan kita. Penilaian ini boleh memperlihatkan akan maju mundurnya akdemik kita.
Cara Menggunakan Penilaian :
1. Ujian dan Latihan Darjah.
a) Ujian / Peperiksaan yang dijalankan dalam kelas merupakan satu bentuk penilaian terhadap keupayaan kita.
b) Dari keputusan peperiksaan dapat kita tentukan tahap kita terhadap penguasaan pelajaran / mata pelajaran.
c) Bukan setakat penguasaan pelajaran, jawapan yang diberi juga perlukan penilaian.
d) Mungkin kita sudah memahami tetapi cara jawab yang salah menjadikan keputusan kita merosot.
e) Kita masih boleh memperbaiki kelemahan ini (diri / cara menjawab soalan) sebelum peperiksaan sebenar tiba.
2. Penilaian Dari Contoh Jawapan.
a) Kita boleh membuat latihan dari soalan-soalan tahun lepas berpandukan contoh jawapan di dalam buku rujukan.
b) Cuba jawab soalan dan bandingkan jawapan kita dengan contoh jawapan. Dimanakah kelemahan kita.
c) Penilaian ini perlulah dilakuan secara berterusan dari masa ke semasa hingga hari peperiksaan.
3. Penilaian Secara Lisan
a) Penilaian ini biasanya dijalankan secara tidak formal dan jarang diamalkan oleh pelajar.
b) Ia boleh dilakukan di mana sahaja.
c) Contohnya, seorang pelajar menyoal kawannya dan meminta beliau menghuraikan secara lisan sehingga satu pihak lagi berpuas hati.

Mengatasi Kelemahan.
Setelah anda menilai diri sendir, sudah pasti anda tahu kelemahan dan kekuatan diri anda dalam pelajaran. Kelemahan anda boleh diatasi dengan cara :-
Segera / selalu bertanya kepada guru/rakan tentang masalah anda dalam pelajaran.
Dapatkan jawapan-jawapan / penjelasan yang betul bagi jawapan yang salah.
Kerapkali mengulangkaji dan membaca nota-nota anda.
Mahirkan diri dengan teknik menjawab soalan berpandukan kepada contoh jawapan.

13. MASALAH-MASALAH YANG DIHADAPI OLEH PELAJAR:

Masalah Cara Mengatasi:
1Takut & Cemas Ikuti langkah-langkah yang telah diterangi sebelum ini.
2Terlalu Banyak Kerja1. Memadatkan sukatan pelajaran, buang topik-topik
yang tidak penting dalam sukatan pelajaran.
Hentikan amalan suka menengguh-nangguh atau membuang masa. Guna waktu
dengan baik. Sewaktu anda malas, tidak tenang buatlah soalan objektif
dan bila sudah tenang- buatlah aktiviti lain seperti mengulangkaji,
membuat nota, latihan karangan dan sebagainya. Tumpuan anda hanya pada
pelajaran.
3 Patuhilah jadual waktu seperti yang telah disarankan dan ubah jadual
waktu jika tidak sesuai.
3Guru Tidak MemuaskanTerima sahaja guru sama ada baik atau tidak.Apa yang
penting sekarang anda sendiri mampu untuk bergerak tanpa bantuan cikgu.
Guru hanyalah sebagai tempat rujukan agar anda tidak tersesat. Lain-lain
hal atas usaha pelajar sendiri.
4Kegiatan Luas Sekolah Yang Banyak.Pelajaran adalah paling utama . Jangan
biarkan kegiatan luar mengganggu anda. Buang kegiatan luar yang tidak
berfaedah.
5Tiada RujukanKamus jarang digunakan dalam kehidupan pelajar. Amalkannya
dan selalu merujuk kamus jika tidak faham.
6Kerunsingan
Ada 2 langkah yang boleh dipraktikan :
1) Bila anda runsing- buat soalan objetkif dan bandingkan denga jawapan
sebenar.
2) Mencoretkan pada sehalai kertas fakta-fakta / perkataan kunci semasa
mengulangkaji / membaca
7Perasaan Rendah Diri1) Membaca sebelum ke kelas. Ini menjadikan anda
lebih mahir daripada rakan kelas anda.
2) Kerap bertanya kepada rakan / guru secara perseorangan.
3) Selalu bergaul dengan rakan-rakan yang lebih pandai dan bersoal jawab
dengan mereka.
4) Mendapat kelulusan peperiksaan yang lebih baik dapat menyakinkan dan
memberanikan diri anda di hadapan rakan anda.

14. MEREHATKAN DIRI
Belajar tanpa rehat akan menyebabkan anda jatuh sakit, otak tidak cergas dan
seterusnya keputusan anda merosot. Disarankan beberapa langkah untuk berehat :-4
1) Melihat keindahan alam semula jadi.
2) Berihat dalam belajar- berhenti sekejap (1-2 minit)
3) Tidur di tengah hari ( 30 minit sahaja).
4) Tidur malam (6-8 jam).
5) Aktiviti agama – spt: membaca al-quran, sembahyang dll.
6) Bermain & bersenaman ( 1 jam sehari).