Wednesday, September 1, 2010

Tibalah Hari Kemerdekaan(31 OGOS 2010) Untuk Kali ini...Dengan Logo 1 Malaysia..

Lawa jugak kan..huhu..puji la..bila lagi nak puji...


Inilah hasil kerje keras mengecat botol sebelum ni....huhu terhasillah logo 1 mlysia yg memecah rekod ..book of records...bangga.,.bangga....

(Pada 28 ogos 2010) Persediaan Untuk Membuat Logo 1 Malaysia Kat Kolej KHAR..dan Juga Majlis Berbuka Puasa Bersama Penghuni KHAR

Kawan-kawan seperjuangan yang trut sme2 menghadiri majlis berbuke puasa....

Jom.... sedia nak berbuka..bersama lin
kacau..jgn xkacau nti hangus..hehhe...Setelah siap masak..kami sama2 berbuka pose...ramai2 meriah btul..

Jom masak..hehe...sedap ke x agaknye dia masak ni ek? huhu..makan je la..Dah berpeluh2 dah tu kacau dr tadi..huhu..tukar la org lain lak...cian dia..bg chance dia rehat..penat tu...

Bersama YDP KHAR, Nor Isam..jom same2 buat keje...mengecat botol..pada hari ini juga diadakan aktiviti Rewang iaitu untuk majlis berbuka puasa beramai-ramai bersama penghuni KHAR..


Ni lak fara menjemur botol-botol yang dah dicat tadi..emm..kemudian menyusunnye trus ke dalam blok yg dah dilukis untuk membuat logo 1 malaysia ...
botol-botol yang sudah sap di cat....ni yg warna biru..kuning ada gak..merah....bukan boleh sap satu hr je ni..dah brape hr dah keje-keje mengecat ni....smua bertungkus lumus mengecatnya..sampai baju , sluar,tgn semua la jadi macam botol jugak.hehehe..

kerja-keraja mengecat botol untuk persediaan membuat logo 1 malaysia nti..nak masuk book of record...penat jugak buat ye...hehe..emmm...senyum je..buat la keje tu cepat sikit...

Sunday, August 29, 2010

Akulah anak Kelantan di Perantauan..(Tanjung Malim, Perak)

Emmmm...sedih jugak duk di perantauan jauh ngan keluarga nie...rasa dah xsbr dah nak balik kampung ...kini ku hanya mampu menghitung hari (3 hbln 9 2010, Jumaat Malam, 8.30 malam..) untuk ku pulang ke kampung halaman tercinta..hehe..pasir mas...kelantan..Pasir Mas...tungguuuuuuuuuuu kepulangan daku yeeee...my family ku juga...sabar ye..dah xlama kak na nak balik....hehehe...emmm..bestnye raya kat kampung,.,...

Potong kuku ikut Sunnah Nabi Muhammad SAW

" RASULULLAH S.A.W bersabda yang ertinya:-Barang siapa yang mengerat kukunya pada ;

Hari Sabtu:Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit.

Hari Ahad :Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan.

Hari Isnin :Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat

Hari Selasa:Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit

Hari Rabu :Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan.

Hari Khamis :Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit.

Hari Jumaat : Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala."

Sunday, August 22, 2010

~pepatah melayu~ Message: Pepatah Melayu

1. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kereta
pun boleh undur, terlajak kapal terbang takde gear
reverse, sori.

2. Bersatu kita teguh, bercerai kita kahwin lain.

3. Sudahlah jatuh ditimpa pula tangga lepas tu
tercium pulak tahi ayam.

4. Alang-alang mandi biar guna sabun & syampu.

5. Harimau mati meninggalkan belang, isteri mati
meninggalkan gelang, suami mati meninggalkan
hutang. (Itulah...lain kali jangan suruh suami beli
gelang secara hutang)

6. Sebab mulut santan binasa sebab mulut juga...
nasi pun habis.

7. Biar putih tulang jangan kuning gigi (gosok,
jangan tak gosok tau)

8. Kalau tiada angin masakan pokok bergoyang
kecuali kalau ada beruk atas pokok tu

9. Malang tak berbau tapi kentut boleh berbau
walaupun tak berbunyi.

10. Biar mati bini jangan mati anak (boleh kahwin
lagi ape)

11. Alang-alang menyeluk perkasam biar sampai
kepangkal ketiak.

12. Biar korek hidung jangan korek tabung.


13. Berakit-rakit kehulu, berenang-renang ketepian
lama-lama jadi letih.

14. Sayangkan anak tangan-tangankan sayangkan
isteri kahwin lagi satu.

15. Kalau padi katakan padi, tidak aku ternanti-
nanti, kalau sudi katakan sudi, kalau tak
sudi.....boleh blah.......

16. Harapkan pagar, pagar pun tak boleh harap.

17. Tempat jatuh lagikan dikenang inikan pula
tempat kena saman.

18. Hujan emas dinegeri orang, hujan batu dinegeri
sendiri, kalau macam tu lebih baik tak payah
hujan.

19. Biar lambat asalkan perlahan.

20. Kalau tiada rotan, pelempang ajelah....

21. Carik-carik bulu ayam lama-lama jadi bulu
tangkis badminton, pasti ayam kebogelan.

22. Air dicincang takkan putus tapi kalau daging
dicincang tandanya ada kenduri

Saturday, August 21, 2010

Sesi Bergambar sem 5 bulan puasa lagi..huhuu










ni gambar aku dan kawan2...


Maf la br muncul lagi...heheh..emm....bz ckit...asignment nk kena siap minggu ni...biasala kan as a student..keje kita buat asignment ja...huhuh..kali ini, saya nk ceritakan apa yg berlaku sepanjang saya menghilang minggu ni..emmm..hr tu jumaat petang, saya dan rakan-rakan empaty ada pengambaran kelas..aduhai..masa tu,.memang rasa popular la..klik sana..klik sini..ada je yg nk ambik gambar saya (alamak..perasan lak aku..sikit2 xpe..huhu..nk gembirakan hati sendiri)...


Selain itu, apa yang lebih penting aku nak kongsikan..aku rasa sangat gembira..rasa dihargai..rasa disayangi oleh kawan2 ku...sayang kamu semua...

Sunday, August 15, 2010


Ini mak dan abah saya...merekalah yang membesarkan saya walau dalam apa juga keadaan sekali pun. Apabila saya sedih, mereka bersama saya, apabila saya gembira, mereka juga di samping saya. Jasamu tetap kukenang sepanjang hayat.......I LOVE U SO MUCH MY MUM N DAD.....


TANGGUNGJAWAB ANAK-ANAK TERHADAP IBU BAPA

Setiap orang mempunyai ibu bapa. Begitu juga saya. Ibu bapa mempunyai kedudukan yang tinggi lagi mulia di sisi Allah swt. Merekalah yang menjadi sebab kelahiranya anak-anaknya. Merekalah yang memelihara, mengasuh serta mendidi anak-anak itu dengan sempurna, termasuklah makan minum, pakaian, lindungan dari segi keselamatan serta kasih sayang. Segala pengorbanan kedua ibua bapa terutama ibunya tidak ternilai besarnya jika hendak di balas. Jasa ibubapa adalah amat banya. Semasa saya di dalam rahim lagi, ibu saya sudah menjaga saya sebaik mungkin.

Di dalam hadis-hadis disebutkan beberapa dosa besar yang dinyatakan oleh Nabi saw secara tertib:

1. Mempersekutukan Allah
2. Derhaka kepada dua ibubapa.
3. Cakap bohong atau persaksian bohong

Antara adab/tanggungjawab seorang anak terhadap ibubapanya adalah seperti berikut:

1. Sentiasa taat dan patuh terhadap suruhan /ajaran ibubapa. Sesuai dengan perintah Allah swt supaya pertama-tamanya beribadat kepadaNya dan selepas itu taat kepada kedua ibubapa.

2. Hendaklah bercakap dengan lemah lembut dan suara yang rendah ketika bertutur dengan ibubapa. Jangan sekali-kali membantah dan mengherdik mereka dengan apa jua perkataan kerana perbuatan itu ditegah Allah SWT .

3. Sentiasa hormat dan kasih sayang kepada kedua ibubapa.

4. Jangan sekali-kali menderhaka kepada mereka, kerana derhaka kepada kedua ibubapa adalah suatu dosa besar. Anak yang tidak mendapat keredhaan ibubapnya akan tidak mendapat keredhaan Allah dan ibadatnya tidak diterima Allah swt.

5. Sentiasalah mendoakan dan meminta keampunan untuk mereka, sama ada mereka masih hidup atau setelah mereka meninggal dunia dengan berdoa'

" Ya Allah ampunilah dosaku dan dosa kedua ibubapaku, rahmatilah kedua-duanya sebagaimana mereka memeliharaku pada waktu kecil"

6. Hendaklah memanggil ibubapa dengan panggilan yang disenangi mereka.

7. Gembirakanlah hati ibubapa dengan menolong kerja rumah di samping melayani dengan penuh kasih sayang (jika tinggal bersama) atau dengan memberikan apa juga bantuan mengikut keperluan yang dihadapi semasa menghadapi saki baki hidupnya.

8. Ucapkan salam dan pohon kemaafan kepada ibu bapa ketika bertemu dan berpisah dengan mereka, kerana mungkin salah seorang darinya (anak atau ibu dan bapa) akan meninggalkan dunia yang fana ini tanpa dijangka.

9. Muliakan sahabat-sahabat ibubapa, hubungkan tali silaturrahim dengan keluarga dan sahabt-sahabat mereka.

10. Apabila mereka sudah lanjut umur (tua) dan uzur, hendaklah dipenuhi segala keperluan mereka. Selalu menziarahi mereka kerana dengan ini boleh menghibur dan mentetenteramkannya, sebagai melahirkan kesyukuran kepada Allah terhadap jasabakti yang telah dapat dinikmati.

11. Apabila ibubapa meninggal dunia, anak hendaklah membanyakkan berdoa untuk keselamatan dan mendapat rahmat dari Allah, banyakkan bersedekah dan membacakan ayat-suci Al Quran untuk dihadiahkan pahalanya kepada mereka. Semua kebajikan yang dilakukan akan diterima berterusan pahalanya untuk mereka di sisi Allah swt. Inilah satu kaedah yang berterusaa yang menghubungkan antara anak dan ibubapa walaupun jasad mereka tidak ada lagi.

Semoga panduan ringkas adab atau tanggungjawab anak terhadap ibupapa ini dapat dihayati serta dikongsi bersama oleh kita semua dan anak-anak zuriat kita.